Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Tuesday 10 July 2012

Patung vs Malaikat

                                                           




Assalamualaikum... sebelum ramadham menjelma tak lama lagi ingin saya ambil peluang mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah ini kepada umat islam..tak lupa juga buat non muslim(kerana mereka boleh mengambil peluang merasa juadah  muslim )

bulan ramadhan sinonim dengan malam lailatuqadar.. apabila dikatakan malam itu lebih baik dari 1000 bulan..
sesungguhnya umat islam sangat ternanti-nantikan malam ini , tetapi ingin diingatkan disini adekah malaikat akan mengunjungi rumah kita jika rumah kita mempunyai patung (berdasarkan apa hadith rasulullah)

Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…

ini sudah cukup membuktikan patung menjadi larangan buat umat islam menyimpanya di dalam rumah

AKAN TETAPI IA DIBOLEHKAN JIKA! 

dimana malaikat jibrail berkata kepada rasulullah 

“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

sebab patung itu tidak akan diagung2x..kan ,,


TETAPI patung2x..yang kanak2x.. perempuan main dibenarkan dalam islam (yakni tidak perlu dicacatkan patung tersebut )


yang harus mencacatkan patung adelah remaja perempuan/lelaki yang memiliki patong
(maklumlah.. bf bagi gf patong dan sebaliknya..jadi kalau nak bagi cacatkan dulu patongnya,,)

hehe

lagi bagus bagilah alquran.. dapat sama2x.. tambah pahala.. ^_^ (sekadar pandangan)






mari bersolat-raihan

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Solat subuh dua rakaat
Ditunaikan di awal pagi
Sebelum bekerja memohon doa
Moga Allah memberkati

Solat Zohor empat rakaat
Ditunaikan di tengah hari
Berehat sejenak setelah bekerja
Moga Allah merahmati

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Solat asar empat rakaat
Ditunaikan di waktu petang
Hidup sihat jadikan amalan
Agar kuat beribadat

Solat Maghrib tiga rakaat
Ditunaikan di waktu senja
Berjamaah kita dirikan
Memakmurkan rumah Allah

Ya Allah jadikan aku dan zuriatku
Mendirikan solat

Ya Allah jadikan aku dan zuriatku
Mendirikan solat

Solat Isyak empat rakaat
Ditunaikan di malam hari
Selesailah sudah lima waktu
Tuhan akan menyayangi kita

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Ya Allah jadikan aku dan zuriatku
Mendirikan solat




jalan sehala

Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]

membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih

aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala

aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih



Sunday 8 July 2012

Anaerobic respiration

Random pixca ms41


sorry gambar terbalik2x..huhu

Friday 6 July 2012

Kolej Matrikulasi Johor versi Ms 41



sedar tak sedar dah hampir 4 bulan meninggalkan kmj tercinta
tempat yang banyak mengajar aqu erti bersabar dan berdikari
tak kurang juga tempat membuat 
aqu berubah dari segi dalaman dan luaran
dapat yang positive
dapat yang negative jua
hurm...
setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya..
yang pasti rindu
amat dekat 
MS41
(MAKAN SAHAJA)
huhu...
itu perkataan yang aqu dapat describe pasal member2x..
aqu nie...
gaduh tak dilepaskan..tak kurang juga dengan luahan..
gaduh yang membuat diri rasa teduh''saling memahami''
ada yang suka ue suka nie
tak suka ue tak suke nie..
tapi kami ada satu persamaan
kami akan bersatu jika untuk
MAKAN
sesungguhnya mentor kami
''puan'' Asma,hehe
amat memahami betapa erat hubungan kami ketika
mahu melakukan activiti
program mentor menti
dari coretan kawan matrikulasi yang lain mereka amat tidak menyukai
program ini
tapi berbeza dengan MS41
program itu telah membuat kehiduapan
di matrik lebih menarik,hehe,,ykew~ (trademark sape ue??)
hehe,
ag satu perkara yang menarik dalam MS41 
masing2x..mempunyai trademark tersendiri...

harap persahabatan hingga ke akhirnya
insyallah, salam satu malaysia

AJ --ALIAH--ALIYAH--FATHIAH--CHENG HUI--QUEEN--AINA--ZULFI--SHEREEN--NURIN--AINEEN--AIN--ADLAN--SIM--JAJA--FATIN--HILDA--AISYAH--NADIAH

kini Upu dah nak kluar maybe 15 julai ini,, aqu doakan korang dapat 
course n U yg dihajati...
GOODLUCK...
not potluck
hehe


                                               

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

                                               



Mahasiswa yang akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bakal menikmati diskaun produk dan perkhidmatan mulai September ini.

Bagaimanapun, bagi mahasiswa tahun akhir, mereka akan menerima kad berkenaan secepat mungkin supaya
mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan berkenaan
Kemudahan KDS1M adalah hasil persetujuan 51 syarikat termasuk 37 pelbagai syarikat terkemuka dan 14 koperasi yang menyatakan persetujuan untuk memberikan diskaun kepada pelajar.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim berkata, pihaknya akan mengedarkan kad berkenaan melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September ini.

sumber http://www.1pengguna.com/11pengguna/index.php

krebs cycle

Thursday 5 July 2012

Link Reaction

Glycolysis

                     

ATP Production

Wednesday 4 July 2012

Unic – Atas Nama Cinta

         

                                  


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNya

TANDA2 DISIHIR

                                             

                                                           
                                                                     

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.


ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.


iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.


iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)


v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.


vi) Masalah hubungan suami – isteri

Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.


vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.


viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.


ix) Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.


x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.


xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.


xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.