Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Sunday 23 June 2013

Jerebu pada tahap bahaya





ini adalah bacaan IPU(Air Pollutant Index ) semasa di Muar, johor iaitu berada pada paras 519 melepas paras bahaya 301, keadaan yang digambarkan oleh penduduk yang berada dimuar adalah
kelihatan berada di camerron highland tapi apa yang membezakan adalah suhu iaitu berada dalam keadaan
suhu yang panas dan pengihatan mata yang terhad. Disamping penduduk tidak boleh melakukan
aktiviti luar kerana sakit mata, batuk akibat jerebu yang teruk .



Saturday 22 June 2013

JEREBU





Dinyatakan bahawa pada pukul 11.00 a.m muar telah mencatatkan AIR POLLUTANT INDEX (API)
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) yang tertinggi iaitu 373, jauh berada diatas paras bahaya iaitu 301.

                                                                                   


      Masalah jerebu kali ini dilihat telah menjadi semakin serius. Hal ini dimana ia telah merebak ke seluruh negara malaysia di semenanjung dan juga sabah, sarawak. Persoalannya sampai bila masalah ini harus dibiarkan berterusan tanpa ada insiatif untuk mengatasinya. Adaah hanya perlu memberi alasan atau memberikan penjelasan akan perubahan dan langkah-langkah yang akan dijalankan. Adakah kita hanya perlu menggunakan perkataan ''SABAR'' dan menunggu sahaja. 

      Bacaan yang ditunjukkan semakin menunjukkan perubahan negatif dimana ia hanya mencatatkan peningkatan yang drastik. Hal ini telah menunjukkan bahawa ia datang dari kesalahan manusia itu sendiri. Berdasarkan sumber yang sahih telah dinyatakan bahawa masalah ini berpunca dari pembakaran terbuka dari indonesia iaitu negara jiran. Tapi adakah kerajaan perlu hanya menuding jari dengan menyalahkan negara jiran akan selesai masalah ini. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah atau inisiatif untuk jangka masa yang panjang dengan membuat perbincangan di meja bulat dengan negara jiran agar ia tidak menjadi semakin buruk.

     Walaubagaimanapun, persoalan yang patut timbul juga adalah. Adakah ini salah rakyat malaysia?. Kempen dan program yang dijalankan mendapat sambutan. Pihak kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar tetapi seolah-olah mencurah air ke daun keladi?. Ia berlalu ibarat Jerebu juga sekejap sahaja mendapat sambutan kemudian tidak diteruskan sebagai amalan. 

      Kesimpulannya, pada pendapat saya pihak yang salah di dalam masalah ini terutamanya adalah kerajaan kerana tidak membuat satu makanisma yang berkesan untuk diterapkan bersama negara jiran dan juga kepada rakyat malaysia. Tetapi, tidak harus 100% kesalahan tersebut diletakkan terhadap kerajaan kerana ia juga merupakan kesalah kita sendiri ( rakyat malaysia) kerana kurang memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan. Sememangnya benar berserah@tawakal itu perlu tetapi adalah perlu bagi kita berusaha sebelum berserah pada yang esa. 

                                         '' .................. Man Jadda Wa Jadda ....................''

Sunday 2 June 2013

DIARI ONLINE AKA LAMAN SOSIAL

Tahukah bahawa hidup kita dipenuhi dengan Keaiban, penuh dengan cacat cela. Rasanya lebih elok kita rahsiakan daripada pengetahuan orang lain demi menjaga maruah diri dan keluarga. Kemudian, kita perbaiki dengan istiqamah sujud kepadanya. Tiada manusia yang sempurna kecuali NABI MUHAMMAD S.A.W. . Itu memang hakikat, tapi tidak perlu jadikan keaiban kita sebagai tarikan untuk menarik FOLLOWER. Mungkin tidak ada niat sedemikian, tapi tidak perlu untuk kita menceritakan segala-galanya.. dalam kain  mahupun luar kain. Dalam seluar mahupun luar seluar. Dalam baju mahupun luar baju. Dalam stokin mahupun luar stokin. dengan kata pendek tak perlu nak suruh orang lain judge aktiviti seharian kita. Tak malu ke? orang lain tahu rahsia yang sepatutnya hanya ALLAH dan kita sahaja yang perlu tahu. 
Lama-lama rasa menyampah pun ada. Bagi yang belum kahwin memalukan mayah. Nanti dah kahwin malukan keluarga sendiri. Cerita dalam bilik, gaduh semua heboh. inilah trend semasa menjadi kegilaan ramai '' DIARI ONLINE AKA LAMAN SOSIAL ''

ALLAH ALLAH ALLAH JAUHKAN AKU DARI TERUS BERSIFAT SEBEGINI DAN JAUHKAN AHLI KELUARGAKU BERSIKAP SEDEMIKIAN