Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Saturday 17 August 2013

Nukilan di Bulan Syawal

Assalamualaikum sahabat sekalian, sudah lama tidak membuat coretan buat silent reader :) . Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin. Tidak banyak  yang dapat dikongsi bersama sahabat kerana tahun ini berasa sungguh sunyi tatkala dihiasi bunyi dentuman mercun dan nyalaan bunga api disana sini.

Tapi hati ini masih dibayangi kenangan lama. Allahurobbi walaupun sudah beberapa tahun sudah berlalu ternyata Allah masih belum memakbulkan doaku agar dapat aku lupakan semua itu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah hati ini tenang melayar bahtera keimanan terhadapnya. Memandang wajahnya hati sudah mampu berasa tenang.

Ya Allah engkau makbulkan segala doa sahabat & doaku yang dipinta pada malam lailatulqadar sera malam-malam yang lain kerana doa yang amat bermakna dipinta darimu. Allahuma solli ala saiyyidina muhammad waala a'lihi sayyidina muhammad. Aku rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. . Aku rindu cahaya yang datang kepadaku. Masih terngiang ditelinga batinku AKU NABIMU MUHAMMAD RASULULLAH. Allah berikan aku kesempatan untuk menziarahi ke makam baginda & kaabah ya ALLAH. ya ALLAH aku mahu menghadapMu selama-lamanya tatkala aku berada di tempat suci didunia ini atau syahidkan aku ke jalanMu. Aku berharap sahabat-sahabatku juga akan diberikan kesempatan yang sama. Tiada yang dapat dilepaskan dariMu kecuali syahid untuk MenghadapMu. Amin.. . Ya ALLAH lapangkan dada sahabat & aku sebagaimana engkau janjikan bagi mereka yang beriman kepadaMu.

Terima kasih ya ALLAH aku masih diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga@ menyambut hari kemenangan umat muslim diseluruh dunia. Tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan syukur ALHMDULILLAH.


kehadiran ahli keluarga baru :) Muhammad Anas Farhan Bin Md Ridzuan


Barakallah fikum Salam ukhwah sahabat yang ku kasihi