Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Monday 17 February 2014

Student Leadership Camp 2014 UUM


Assalamualaikum. Allah.. lamanya tak berceloteh dekat dalam ni. Maklumlah cuti semestar hanya sebentar, meluangkan masa bersama keluarga. Niat hati nak bekerja tapi asyik berjalan kesana sini. :) . Moga sahabat pembaca dalam keadaan sihat ye. Insya-Allah amin~

Ok, lah straight to the point.. penghujung semestar yang lepas merupakan saat genting. Mana taknya kalau program datang bertalu-talu. Amat tertekan. Rasa tak mampu nak handle pun ada. Bukannya sebab tidak berazam tetapi tidak berpengalaman handle program banyak-banyak. Allahurobbi, itu antara pengajaran suka buat kerja ''last minit''. Rasa tekanan macam zaman matrik masa tu. Mana nak study mana nk run program mana nak fikir nak balik. Serabut amat kepala nie. Tapi Alhamdulillah berjaya menempuhi dugaan yang mendatang. 

Permulaan semestar ke-4 adalah dengan join Student Leadership Camp 2014(SLC). Program yang boleh diberikan 4/5 bintang. Tapi kurang ''Ummpphh'' sebab tempoh yang agak panjang tapi pengisian agak kurang. Mungkin sebab budget sudah ditarik ''Kowt''. SLC yang dijalankan ada 4 siri iaitu SLC 1 dimana mahasiswa UUM telah diberikan penerangan berkenaan jabatan-jabatan yang ada di UUM. Tapi biasalah ia lebih kepada ceramah. Alhamdulillah tak tidur :) . Manakala, SLC 2 adalah sesi dimana Mahasiswa yang juga pemimpin aka MT & EXCO kelab diminta untuk menyiapkan perancangan program untuk semestar baru atau dipanggil ALMANAK. Mulanya agak blur tapi ok lah sebab dapat pengalaman dengan geng PERSADA UUM. Family baru :) . 

Kemudian, SLC 3 antara yang aku bagi 5 bintang walaupun ianya lebih kepada politik. Tapi, ia membuka minda mahasiswa dimana supaya berfikir secara rasional dan matang mengenai apa yang dinamakan ''POLITIK''. Sememangnya pendapat aku terhadap politik aku tak suka akan perpecahan. Pokok pangkalnya diri sendiri. Mengapa perlu PRO A atau PRO B sedangkan kita umpama KEY & LOCK yang berbeza bentung(parti) tetapi mempunyai matlamat yang sama. Tidak dinafikan parti itu kurang part ini dan parti itu kurang part ini. Aku bukan membelakangkan agama. Tapi aku sangat bimbang bila ''DIUBAH'' maka tak dapat ''BERUBAH'' seperti yang dimahukan. Insya-ALLAH seandainya aku menjadi pemimpin aku akan cuba untuk menyatukan ISLAM di bumi MALAYSIA ini. AMIN~. Aku tak mahu hanya bersatu untuk sementara tapi biar selamanya. 

SLC4 ? . Dimana sesi pembentangan ALAMANAK dijalankan. Ok, part ini aku ''PANAS''. Perlukah bercakap dengan tiada bahasa terhadap bakal PEMIMPIN sepeti kami?. Boleh dikatakan kurang ajar kerana sebagai seorang yang profesional dan berpengalaman mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar. Untuk pengetahuan aku berada di dalam kelab untuk menjadi pemimpin bukan belajar POLITIK kotor. Mereka-mereka yang begini harus dibersihkan dari kempimpinan UNIVERSITI. No wonder if mereka mewarisi tampuk pemerintahan akan datang akan meracuni kami sebagai mahasiswa dengan mengajar ''PILIH BULU''. BTW sepatutnya tidak terjadi perkara seperti itu kerana ia program anjuran U. Untuk pengetahuan aku tak kisah pun nak kena brainwash dari parti A & B asalkan logik dan rasional untuk generasi akan datang dan yang pasti jangan melanggar hukum agama.( kalau nak cerita memang panjang ). 

Akhir kata urusetia sepetutnya lebih bersedia untuk event especially MB datang. Mungkin anda ada masalah yang kami tak tahu. Tapi maafkan saya sebagai pemerhati dan juga peserta pada ketika itu. Seharusnya tidak terjadi kejadian ''LAGU NEGARAKU & BIRU WARNA''(If you know what i mean).





Sebelum pembentangan ALMANAK :)










sEmasa SLC 3 dimana kami ditugaskan membina ''BRIDGE'' dan membiarkan bola pin pong bergolek diatasnya. Alhamdulillah kumpulan kami adalah kumpulan terpantas menyelesaikan tugasan.


Ini pula adalah ketika SLC 3 juga dimana kami menemubual beberapa individu disekitar pendang dikawasan bendang. Pelbagai luahan kami terima. Tapi apa yang dapat saya simpulkan bahawa walaupun perancangan telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk kawasan pendang seharusnya pemimpin turun padang kerana mereka seolah-olah dahaga akan tempat megadu. Oleh itu, macam-macam yang kami terima termasuk kena tarbiyah. Individu yang terdapat dalam gambar ini merupakan kumpulan bersama.


Manakala ini pula adalah selepas tamat Dinner SLC dan selepas tamat persembahan DRAMA ROMANTIK. Allah~ boleh pulak jadi tok kadi. Nervous habis. Dah lah takda bakat berlakon. Btw asif ya rakan seperjuangan kalau kualiti lakonan agak kureng.


Insya-Allah. 
bakal PM :) hehe. 
Akhir kalam 

Assalamualaikum W.B.T. 
Jangan pernah berhenti doa Kepada-NYA.

''MAN JADDA WAJADA''


SUBHANALLAH                                 ALHAMDULILLAH                                  ALLAHUKAHBAR