Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Showing posts with label penyakit moden dan tradisional. Show all posts
Showing posts with label penyakit moden dan tradisional. Show all posts

Friday, 17 January 2014

Trauma











Mungkin ramai yang mengalami masalah yang dinamakan ‘’trauma’’ ini. Bagi aku trauma ini adalah sejenis penyakit yang tidak dapat dizahirkan secara fizikal. Tetapi ia adalah sejenis penyakit dalaman atau lebih tepat lagi penyakit berkaitan psikologi seseorang. ‘’Trauma’’ boleh dilalui dalam pelbagai jenis. Macam-macam yang aku pernah dengar contohnya trauma nak keluar rumah sebab takut Nampak cahaya, macam nonsense tapi itu adalah salah satu ‘’trauma’’ yang bagi aku sangat kritikal pernah aku jumpa. Aku dah lupa siapa sahabat yang menhadapi ‘’trauma’’ tu. Cuma yang aku tahu dulu aku tak tahu apa itu ‘’trauma’’ sebab bagi aku aku tidak pernah dan tak akan melalui ‘’trauma’’ atau perkataan lain yang boleh dikaitan iaitu phobia. Mula-mula aku ingat ‘’trauma’’ ni adalah perkara yang semula jadi since kecil.
Hinggalah satu hari aku hadapi satu perasaan takut, mungkin kelakar mungkin ramai yang pernah hadapi. Tapi secara kenyataan ‘’trauma’’ terhadap minyak panas. Pada mulanya timbul rasa yang begitu sebab aku terkena minyak panas diseluruh badan masa aku goreng apa tah, tak ingat pulak, Cuma perkara tu berlaku kira-kira 6 tahun lepas tak silap aku. Aku pun tak tahu kenapa perasaan itu akan datang dengan melampau apabila aku berada dekat dengan minyak panas or lebih tepat keadaannya ketika ada seseorang yang sedang memasak like goreng ikan or something else. Bukan nak kata aku nie penakut, Cuma automatically akan takut. Sebenarnnya berdasarkan pengalaman yang aku hadapi ini ianya bukan lah sulit sangat Cuma ia mendatangkan tanda tanya dan persoalan yang menarik. Perkara yang ‘’sekali’’ menimpa kita boleh buat kita hadapi obsess terhadap sesuatu.
Padahal aku hanya hadapi situasi yang menakutkan itu sekali sahaja tapi entah mengapa boleh memberi kesan untuk satu tempoh masa yang aku tak tahu bila penghujungnya.  Mungkin itu satu jenis ‘’trauma’’ remeh yang boleh disimpulkan. Tapi  ada satu lagi perkara ‘’trauma’’ yang aku hadapi tapi mungkin boleh dinamakan ‘’trauma’’ Cuma malas nak…. Takut ada timbul salah faham dan perspektif yang negative pulak. Just nak bagitahu mengapa dan mengapa aku ini ‘’Muhd Hafis Muhd Hafis’’. Sebenarnya aku ni agak sosial dulu(beberapa tahun lepas), boleh dikatakan semua perempuan aku akan tegur, friendly jugak tapi bukan playboy  yep. Cuma masa tu aku tak jaga apa yang dinamakan ‘’ikhtilat’’. Aku gurau sana sini dan bagi aku perempuan nie sama macam lelaki dan sebab tu aku dulu memang tak fikir tentang ‘’perasaan’’ bagai nie. Hinggalah ada satu sahabat ini cakap yang lelaki dengan perempuan ini boleh berkongsi satu perasaan.
Aku pendekkan cerita aku pun nak cari persoalan yang sahabat aku beri itu, dan akhirnya ianya memang terbukti betul. Lepas itu aku fikir aku yang mulakan so aku akan tanggung akibatnya bermain dengan ‘’perasaan’’, rupa-rupanya tak disangka-sangka aku menjadi mangsa seperti kebanyakan cerita dongeng sahabat-sahabat yang lain. Maka timbul lah ‘’trauma’’ yang paling teruk aku rasa ‘’trauma’’ dengan makhluk yang dinamakan perempuan!!. Maaf lah ye, takda niat nak mengutuk dan nak menyamakan Cuma walau secantik mana, seindah mana pun yang lintas aku kadang-kadang tak mampu nak tundukkan pandangan sebab aku tertanya-tanya adakah insan yang lalu didepan aku ini sama je semua. By the way Insya-Allah Allah maha berkuasa. Cuma aku harap jangan ambil mudah dengan perkara-perkara sebegini. Bukan sengaja nak kaitkan topik yang hangat ini Cuma nak bagi penerangan yang mudah difahamkan tentang apa yang dinamakan ‘’Trauma’’. Bukan mudah nak hadapi. Bila ada sahabat yang dia menhadapi apa yang dikatakan ‘’trauma’’ terhadap sesuatu, bantulah dia untuk hadapi sebab even seorang lelaki yang berbadan sasa akan jadi lemah dek kerana penyakit yang boleh dianggap kritikal dan sangat berbahaya serta boleh menjadi silent killer nie. Rasanya kalau kena amnesia baru penghidap ‘’trauma’’ ini boleh melupakan segala yang mereka hadapi kowt. .



Ukhrawi diberi dituntut duniawi
Sepi dalam barzakh nanti
Ditanya mengapa jadi begini
Taubat dijunjung rindu menyepi

Kuatkan hati menjadi khalifah
Dibuai mimpi tercari cinta
Gagah sahabat demi ukhwah
Kerana dunia hidup merana

Saturday, 22 June 2013

JEREBU





Dinyatakan bahawa pada pukul 11.00 a.m muar telah mencatatkan AIR POLLUTANT INDEX (API)
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) yang tertinggi iaitu 373, jauh berada diatas paras bahaya iaitu 301.

                                                                                   


      Masalah jerebu kali ini dilihat telah menjadi semakin serius. Hal ini dimana ia telah merebak ke seluruh negara malaysia di semenanjung dan juga sabah, sarawak. Persoalannya sampai bila masalah ini harus dibiarkan berterusan tanpa ada insiatif untuk mengatasinya. Adaah hanya perlu memberi alasan atau memberikan penjelasan akan perubahan dan langkah-langkah yang akan dijalankan. Adakah kita hanya perlu menggunakan perkataan ''SABAR'' dan menunggu sahaja. 

      Bacaan yang ditunjukkan semakin menunjukkan perubahan negatif dimana ia hanya mencatatkan peningkatan yang drastik. Hal ini telah menunjukkan bahawa ia datang dari kesalahan manusia itu sendiri. Berdasarkan sumber yang sahih telah dinyatakan bahawa masalah ini berpunca dari pembakaran terbuka dari indonesia iaitu negara jiran. Tapi adakah kerajaan perlu hanya menuding jari dengan menyalahkan negara jiran akan selesai masalah ini. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah atau inisiatif untuk jangka masa yang panjang dengan membuat perbincangan di meja bulat dengan negara jiran agar ia tidak menjadi semakin buruk.

     Walaubagaimanapun, persoalan yang patut timbul juga adalah. Adakah ini salah rakyat malaysia?. Kempen dan program yang dijalankan mendapat sambutan. Pihak kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar tetapi seolah-olah mencurah air ke daun keladi?. Ia berlalu ibarat Jerebu juga sekejap sahaja mendapat sambutan kemudian tidak diteruskan sebagai amalan. 

      Kesimpulannya, pada pendapat saya pihak yang salah di dalam masalah ini terutamanya adalah kerajaan kerana tidak membuat satu makanisma yang berkesan untuk diterapkan bersama negara jiran dan juga kepada rakyat malaysia. Tetapi, tidak harus 100% kesalahan tersebut diletakkan terhadap kerajaan kerana ia juga merupakan kesalah kita sendiri ( rakyat malaysia) kerana kurang memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan. Sememangnya benar berserah@tawakal itu perlu tetapi adalah perlu bagi kita berusaha sebelum berserah pada yang esa. 

                                         '' .................. Man Jadda Wa Jadda ....................''

Tuesday, 19 February 2013

TWITTER vs TWEET JER

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera .. hari nie nak habaq pasal alam maya especially to Y generation @ Internet generation . Hurm .. satu ketika dahulu aku berasa janggal first time ada akaun FACEBOOK. Seems pelik  .. yela berkomunikasi dengan manusia yang kita tak pernah jumpa . chatting tah dengan sape-sape . hari demi hari .. bulan demi bulan dan tahun demi tahun muncul yang terbaru TWITTER .  Agak excited jugak first time join  '' TWITTER '' . Dorang report tue ini.. hurm like normal . rasa boring dah lama-lama tue . But it seems become worse .. kenape ?? seperti dipukau twtter users nie.. dimana mereka akan report whole life . Kalau boleh setiap saat apa yang mereka sedang lakukan . Ada beberapa situasi yang membuat aku agak terkejut seketika . Mereka seperti tiada adab ... rasanya tak salah join bnde2x sebegini.. tapi sebagai seorang muslim ia sedang memberikan impact yang agak negatif . Mana taknya .. semua perkara nak SHARE . ----> SAYANG ... BENCI...SUKA...MANIS..MASAM..PAHIT..MACAM-MACAM LAGI LAH. I hve no idea why must report this with public ? do you realize .. you will put urlife in risk . Aku nak tegur... tapi takut dipandang serong or berlagak baik . TAPI!!! aku sayangkan rakan seislam aku.. korang sedar tak korang seakan-akan menukarkan kebergantungan dan mementingkan TWITTER dari ALLAH S.W.T. . allahurobbi . Aku benar-benar tak faham kenapa nak share semua perkara ..kenapa ?? . sedar tak korang boleh syirik dan membuat ALLAH murka dengan menambah TWEET dan mengurangkan DOA kepadaNYA . If korang menggunakan untuk perkara yang betul takpe..like discussion .. advise.. bertanya khbar or anything else yang mendatangkan kebaikkan. aku pun kadang-kadang terSASAR .., tapi amat membimbangkan especially PEREMPUAN ... . sudah menjadi trend . salah satu sebab aku TAKOT dengan perempuan nie lah.. sebab TWITTER akan menyebabkan aib tersebar dengan mudah . if berlaku konflik .. maybe in a second segala AIB tersebar . OHH!! ia seperti wabak yang penawarnya tidak akan dijumpai kecuali AWARENESS as a MUSLIM . 

LAGI satu dah lah ramai BUAYA DARAT mencari mangsa di alam maya nie..
satu jew nasihat.. 


TEPUK DADA TANYA IMAN 
TWITTER OR ALQURAN 



- mohon teguran dari anda semua jika saya juga terjebak dengan virus ini kerana saya bukan maksum -

YANG BAIK DATANG DARI ALLAH YANG KURANG ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI


Wednesday, 4 July 2012

TANDA2 DISIHIR

                                             

                                                           
                                                                     

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.


ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.


iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.


iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)


v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.


vi) Masalah hubungan suami – isteri

Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.


vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.


viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.


ix) Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.


x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.


xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.


xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.