Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Thursday, 18 April 2013

PEMIMPIN VS KETUA

salam jumaat =)


Assalamualaikum..  sedikit nukilan malam jumaat . =) salam ukhwah.. salam muhibbah kepada yang sudi membaca . hurm.. ok.  Ingin berkongsi sedikit apa yang saya perhati dan apply beberapa konsep yang saya pelajari . Ianya mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar atau mahasiswa yang tidak lekang dari tugasan yang agak memotivasikan . Berdasarkan apa yang saya kaji kebanyakan rakan dan sahabat akan menyatakan bahawa tugasan individu adalah lebih mudah berbanding tugasan berkumpulan . Ye!! Tidak dinafikan kerana kita hanya berlawan dengan jasad dan emosi sendiri , memuaskan hati sendiri dan memarahi diri sendiri . Manakala, tugasan berkumpulan membuat diri menjadi lebih tertekan kerana pelbagai kerenah dan gelagat yang terpaksa dihadapai . Disini saya ajukan soalan dan jawapan . Bagaimana jika anda diminta bekerja di dalam organisasi suatu hari nanti. Tugasan individu atau berkumpulan yang akan dapat anda gunakan pengalamanya pada ketika itu ? . Sudah tentu tugasan berkumpulan . Ok , itu adalah secara umum . Secara lebih dekat apa yang saya ingin kongsikan adalah tentang PEMIMPIN dan KETUA . Apa yang bermain dikepala anda apabila saya nyatakan PEMIMPIN dan KETUA ,pasti anda akan terbayang seorang yang akan mengawal segala perjalanan tugasan tersebut , yang akan bersifat tegas , banyak menasihat , merancang . Tapi pa yang saya ingin nyatakan disini adalah baik jika PEMIMPIN dan KETUA adalah orang yang sama . Kenapa saya berkata sedemikian ? . Pernah tak anda mendapat seorang ketua  sama ada ketika sekolah atau ipta serta ipts yang bertanggungjawab dimana mengambil berat atas setiap apa yang anda usahakan untuk sesuatu tugasan? . Berdasrarkan apa yang boleh saya kongsikan indvidu tersebut mempunyai dua elemen yang saya nyatakan dan apa yang sering anda fikirkan iaitu KEPIMPINAN dan NILAI KETUA . Hal ini kerana beliau telah Berjaya menjadi seorang ketua dan pada masa yang sama telah Berjaya memimpin kumpulan tugasan anda . Kemudian jika anda mendapat atau anda sendiri yang memilih seorang ketua yang tidak bertanggunjawab . Hal ini boleh dilihat apabila dia hanya menjadi ketua sedangkan individu lain yang mengawal perjalanan tugasan berkumpulan anda . Apa yang saya dapat terangkan disini adalah dia hanya menjadi ketua dan tidak lebih dari itu . kerana rakan yang mengawal perjalanan tugasan anda itu adalah pemimpin . Oleh itu , segalanya terletak ditangan anda sama ada ingin memilih seseorang yang hanya boleh menjadi KETUA atau hanya boleh menjadi PEMIMPIN atau boleh menjadi kedua-duanya pada satu masa . 

Tuesday, 16 April 2013

Ustaz ??



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian yang sudi mengunjungi blog saya . Adakah anda dah baca ayat yang dinyatakan diatas? mungkin pernah terbaca di facebook , twitter or di laman sosial yang lain . Agak pelik apabila dipanggil ''ustaz'' oleh kebanyakan rakan . Kenape? adakah sebab saya selalu post status islamik , gambar yang berunsurkan dakwah dan selalu menasihat ? di laman sosial terutamanya . Saya cuma nak nyatakan saya bukanlah ustaz tapi saya adalah khalifah yang selalu khilaf dalam kehidupan seharian . Saya buat semua itu hanya nak berdakwah  dan ingin memotivasikan diri untuk mendekatk diri dengan Allah . Bagi saya seorang ustaz adalah insan yang boleh dijadikan contoh , sedangkan saya nie? allahurobbi sungguh jauh nak capai tahap itu , sering saya melakukan perkara lagha jauh sekali nak dijadikan contoh .

tegurlah andai saya melakukan  

sesungguhnya iman sentiasa naik dan turun 


Saturday, 13 April 2013

Muslim dulu vs Muslim Sekarang


Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ^_^ peace ingin berkongsi sedikit mengenai beberapa ayat yang ''jarang'' difikirkan oleh kita sebagai makhluk ALLAH yang selalu lagha ini. sedang membaca beberapa artikel untuk dimuatkan kedalam risalah . Saya terbaca satu perenggan yang begitu membuatkan diri termenung seketika .

Orang islam zaman dahulu apabila membaca ayat mengenai tutup aurat( sebagai contoh) mereka akan berfikir bagaimana untuk mencipta kain yang boleh menutup aurat dengan menepati apa yang diterangkan di dalam AL-QURAN . Hal ini dapat dilihat dengan lahirnya tokoh islam yang agung satu ketika dahulu yang tiada penggantinya lagi kecuali yahudi dan golongan bukan islam yang menyambung kehebatan mereka iaitu Al-khawarizmi, Ibnu khaldun dan ramai lagi . Pemikiran mereka jauh melangkaui zaman yang sedang mereka lalui.
Perkara ini sangat berbeza dengan manusia zaman sekarang kerana apabila mereka membaca ayat AL-QURAN yang menyuruh mereka menutup aurat , mereka akan terfikir untuk pergi ke kedai untuk membeli kain untuk menutup aurat mereka sama ada baju siap atau yang belum siap . Mereka tidak berfikir bagaimana untuk mewujudkan fesyen yang bertepatan dengan syariat . Maka hal ini telah membelenggu masyrakat islam pada hari ini . Seperti yang dapat kita lihat fesyen yang sedang berkembang menyerupai kaum( bukan islam ) . Tetapi hanya terdapat segelintir sahaja mempunyai kesedaran untuk mengubah fesyen tersebut supaya bertepatan dengan apa yang diterangkan di dalam AL-QURAN .

'' Muslim zaman dahulu berfikir mengenai Cara Pembuatan Kain '' manakala '' Muslim sekarang berfikir bagaimana nak dapatkan kain ''

allahurobbi ... kadang-kadang tegur kadang-kadang tidak sebab rasa lemah dengan diri . Kesedaran tinggi tapi perlaksanaan lemah . Semoga kita istiqamah menjalankan ibadat kepadanya .

Islam + Al-quran = Muslim
Islam + Al-quran = ( hanya Allah yang menentukan )

'' sila tegur andai saya melakukan kesalahan sedemikian kerana adakalanya saya akan ingat adakalanya saya akan lupa '' sesungguhnya iman itu ibarat denyut nadi yang sentiasa turun naik dan tidak bertahan walau sesaat . barakallah salam ukhwah 


apepun sila dengar lagu yang sedikit sebanyak membakar semangat sebagai seorang muslim insyaALLAH ..

Wednesday, 3 April 2013

Balik Kampung

                                                       

Bila gambar berbicara...

yeah.. ALHMDULILLAH.. dapat balikk

itu sahaja.. tada idea...nak tulis apa..

jadilah muslim yang selalu muhasabah diri

'' Jika kita mampu menjadi manusia yang sabar insyallah orang lain pun akan sabar dengan kerenah kita''

Thursday, 21 March 2013

Cover Putih-putih melati st12 (Lirik islamik )

Siapa bilang aku suka pada dosa 
Siapa bilang aku suka  yang lagha
Sesungguhnya aku dah benar-benar sesal
Kerana aku takut azabnya
Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam pasti akan bersih
Tak usah kau layu pujukan syaitan durjana
Kerana kau ada iman dihati

Jauh-jauhi dari..
Dosa-dosa yang lama..


Jika ulangi lagi..
Pasti Allah murka..

- For the first time -

layan..