Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Saturday, 22 June 2013

JEREBU





Dinyatakan bahawa pada pukul 11.00 a.m muar telah mencatatkan AIR POLLUTANT INDEX (API)
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) yang tertinggi iaitu 373, jauh berada diatas paras bahaya iaitu 301.

                                                                                   


      Masalah jerebu kali ini dilihat telah menjadi semakin serius. Hal ini dimana ia telah merebak ke seluruh negara malaysia di semenanjung dan juga sabah, sarawak. Persoalannya sampai bila masalah ini harus dibiarkan berterusan tanpa ada insiatif untuk mengatasinya. Adaah hanya perlu memberi alasan atau memberikan penjelasan akan perubahan dan langkah-langkah yang akan dijalankan. Adakah kita hanya perlu menggunakan perkataan ''SABAR'' dan menunggu sahaja. 

      Bacaan yang ditunjukkan semakin menunjukkan perubahan negatif dimana ia hanya mencatatkan peningkatan yang drastik. Hal ini telah menunjukkan bahawa ia datang dari kesalahan manusia itu sendiri. Berdasarkan sumber yang sahih telah dinyatakan bahawa masalah ini berpunca dari pembakaran terbuka dari indonesia iaitu negara jiran. Tapi adakah kerajaan perlu hanya menuding jari dengan menyalahkan negara jiran akan selesai masalah ini. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah atau inisiatif untuk jangka masa yang panjang dengan membuat perbincangan di meja bulat dengan negara jiran agar ia tidak menjadi semakin buruk.

     Walaubagaimanapun, persoalan yang patut timbul juga adalah. Adakah ini salah rakyat malaysia?. Kempen dan program yang dijalankan mendapat sambutan. Pihak kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar tetapi seolah-olah mencurah air ke daun keladi?. Ia berlalu ibarat Jerebu juga sekejap sahaja mendapat sambutan kemudian tidak diteruskan sebagai amalan. 

      Kesimpulannya, pada pendapat saya pihak yang salah di dalam masalah ini terutamanya adalah kerajaan kerana tidak membuat satu makanisma yang berkesan untuk diterapkan bersama negara jiran dan juga kepada rakyat malaysia. Tetapi, tidak harus 100% kesalahan tersebut diletakkan terhadap kerajaan kerana ia juga merupakan kesalah kita sendiri ( rakyat malaysia) kerana kurang memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan. Sememangnya benar berserah@tawakal itu perlu tetapi adalah perlu bagi kita berusaha sebelum berserah pada yang esa. 

                                         '' .................. Man Jadda Wa Jadda ....................''

Sunday, 2 June 2013

DIARI ONLINE AKA LAMAN SOSIAL

Tahukah bahawa hidup kita dipenuhi dengan Keaiban, penuh dengan cacat cela. Rasanya lebih elok kita rahsiakan daripada pengetahuan orang lain demi menjaga maruah diri dan keluarga. Kemudian, kita perbaiki dengan istiqamah sujud kepadanya. Tiada manusia yang sempurna kecuali NABI MUHAMMAD S.A.W. . Itu memang hakikat, tapi tidak perlu jadikan keaiban kita sebagai tarikan untuk menarik FOLLOWER. Mungkin tidak ada niat sedemikian, tapi tidak perlu untuk kita menceritakan segala-galanya.. dalam kain  mahupun luar kain. Dalam seluar mahupun luar seluar. Dalam baju mahupun luar baju. Dalam stokin mahupun luar stokin. dengan kata pendek tak perlu nak suruh orang lain judge aktiviti seharian kita. Tak malu ke? orang lain tahu rahsia yang sepatutnya hanya ALLAH dan kita sahaja yang perlu tahu. 
Lama-lama rasa menyampah pun ada. Bagi yang belum kahwin memalukan mayah. Nanti dah kahwin malukan keluarga sendiri. Cerita dalam bilik, gaduh semua heboh. inilah trend semasa menjadi kegilaan ramai '' DIARI ONLINE AKA LAMAN SOSIAL ''

ALLAH ALLAH ALLAH JAUHKAN AKU DARI TERUS BERSIFAT SEBEGINI DAN JAUHKAN AHLI KELUARGAKU BERSIKAP SEDEMIKIAN 

Thursday, 30 May 2013

Ketenangan Yang Dicari

Assalamualaikum.. nukilan menuju peperiksaan. Suasana yang amat mendebarkan dan menakutkan. Allah..Allah..Allah.., persediaan menuju medan pertempuran semakin hampir. Semangat untuk pulang juga semakin berkobar.

Ketenangan yang amat sebentar tiba-tiba menyusup masuk ke dalam diri.
Perasaan yang bercampur baur muncul tanpa dirancang. Tanggungjawab yang sedia ada. Alhmdulillah pencarian ketenangan pernah singgah sebentar
tapi perlu berhijrah jauh ke bumi anbia.

Kini ketenangan itu diperlukan untuk masa depan. Kepincangan yang tiada arah tuju , tanpa batasan berlegar-legar. La Tahzan...., Mungkin kerana diri ini melupakan janji yang pernah dibuat kepadanya ketika satu saat merasakan dunia tiada harapan. Tapi sudah ditempuhi jauh dari saat itu.

Hanya mampu berharap supaya saat itu tidak berulang kembali dan dikuatkan semula iman yang lemah.

- Berhijrah tanpa dirancang, Ketenangan yang mendamaikan, Noktah hitam yang menghantui menjadi mainan hidup -

Aku TanpaMu Aku Hanyut Bagai Nakhoda Yang Berputar Menuju KeNoktah Yang Sama

Doakan untuk supaya hidupKu dan hidup Insan disekelilingiKu Menjadi Lebih Warak suatu hari nanti. InsyaALLAH..

Dilontar ke lembah keinsafan dan cuba bangkit melawan godaan nafsu yang sentiasa memburu

 Don't let syaitan change yourself  the way they are

Tuesday, 21 May 2013

Nasyid Inter Blok DPP TM ( Ukhwah Tunjang Persaudaraan) dan Grand Diinner ( Black and roses)





 Assalamualaikum.. lama sudah tak membuat nukilan di dalam blog yang usang ini.. ^_^ . Maklumlah exam dah dekat sibuk assgment,kuis,test,.. walaubagaimanapun alhmdulillah.. medan berdakwah tidak ditinggalkan.
Alhamdulillah tanggal 18/05/2013 menjadi hari bersejarah.. menjadi Pengarah .. untuk satu program pertandingan nasyid di dewan penginapan saya. Mungkin ianya adalah program yang kecil bagi sesetangan sahabat. Tapi bagi saya ini adalah program yang agak bermakna dan sangat besar. Kerana ini adalah program pertama yang saya handle 99% . Mungkin sebelum ini di dalam beberapa program saya hanya menjadi timbalan pengarah. Alhmdulillah.. dengan berkat dari ALLAH dapa saya laksanakan majlis yang dianggap *Bidan terjun ini. Apepun Orang yang paling berjasa dalam Hal ini Adalah AJK ..



 Disebabkan Tidak dapat menjadi peserta maka melepaskan sekejap bakat terpendam secara bersendirian ditemani AJK ... hehe




 Disebelah kanan adalah berisan AJK berkaliber yang menunjukkan kerjasama yang erat.. dan paling bermakna hampir kesemua tidak mempunyai pengalaman handle sesebuah majlis. Oleh itu, ini akan menjadi titik tolak bagi saya dan mereka untuk membina kepimpinan dan menjalankan tanggungjawab dalam menghidupkan DAKWAH VERSATILE ...insyaALLAH...

                                                                                                                                                                             


Dibawah ini pula antara AJK logistik yang sempat saya ambil gambar bersama.. ^_^

Dibawah ini pula MC merangkap timbalan pengarah exco kerohanian



Pemenang Nasyid no 1 , 2 dan 4 adalah lelaki manakala temapt ke 3 dan ke 5 adalah perempuan





Pemenang tempat pertama(blok F) diketuai Mus


Pemenang tempat ke 2 (blok d) diketuai oleh zahid



Pemenang tempat ke 4(blok e ) diketuai oleh hushrin


tAHNIAH kepada kesemua pemenang insyaALLAH tingkatkan usaha dan sama-sama menghidupkan dakwah di antara kita...

jangan dianggap beban kerja tapi ia adalah bebanan yang akan menjadi pemberat kita ke syurga ALLAH azza wajala... insyaALLAH..

salam ukhwah salam dakwah 

Grand Dinner Black and Roses



Barisan Artis yang datang.. hehe ok gurau jew.. 


Muka kebimbangan maklumlah.. sehari selepas grand dinner akan diadakan Nasyid inter blok..
apepun Rosku untukumu.. hehe

sekian nukilan disini..

mohon doa supaya ku berjaya dunia akhirat..
especially .. final exam..
Dekan..insyaALLAH... 








Wednesday, 1 May 2013

UkhwahFillah Till Jannah

 Assalamualaikum.. nukilan sempena hari pekerja dan sedikit masa yang terluang.. ukhwah? hubungan yang terjalin antara seorang manusia dengan manusia yang lain.. salah satu perkara terpenting di dalam hidup bermasyarakat. Tanpa ukhwah hidup manusia itu kosong. Sememangnya ukhwah diunjurkan di dalam islam. Malahan di dalam agama yang lain juga mementingkan hubungan di antara ahli masyarakat walaupun dalam konteks yang berbeza.

                   persoalannya adakah kita menjaga ''ukhwah'' kita dengan rakan, sahabat jiran.. dan insan yang terdekat dengan kita atau dalam persepsi yang lebih luas iaitu dengan saudara seislam. Mungkin dahulu ukhwah hanya terjalin di dalam kampung atau dikawasan tempat tinggal sahaja kecuali berhijrah ke suatu tempat. Tapi sekarang segala-galanya telah berubah. Ukhwah di hujung jari dan benci anytime boleh jadi. Kenape?, jawapannya seperti yang dijangka oleh anda .. iaitu internet. Macam-macam yang boleh digunakan sebagai medium mewujudkan ukhwah sama ada di dalam mahupun di luar negara.

                      Walaubagaimanapun, apa yang saya lihat menjelang hari ''raya'' 5 mei ini. Sudah menjadi satu trend memutuskan ukhwah dan berkiblatkan hati sehingga tidak sedar bahawa kita adalah hamba yang hina. Hati kita itu sememangnya mudah disogok dengan perkara mazmumah dan fitnah. Keluar berbagai perkara yang boleh di internet. Hamba tertarik dengan statement yang dikeluarkan seorang sahabat semasa pergi suatu ceramah, dimana dia berkata '' umur untuk mengundi sepatutnya 18 tahun dah '' kita bukan macam orang dulu tak tahu apa-apa dan perlutunggu umur 21 untuk terdedah dengan dunia luar . Sekarang tekan je dah boleh tahu dunia luar.

Saya agak setuju dengan statement itu. Tapi bila diteliti dengan betul dan apa yang sedang terjadi pada hari ini. Punca berlakunya perpecahan dikalangan kita dalam masa sesaat kenapa?. Disebabkan pengguna laman sosial yang salah. Seperti tidak membuat penyelidikan berkaitan sesuatu yang di share. Perkara ini juga berlaku kepada diri ini. Alhamdulillah telah sedar akan kesalahan yang dilakukan dan mohon ditegur oleh sahabat-sahabat jika mengulanginya lagi. Jika anda membiarkan seseorang menyebarkan perkara yang salah dan boleh membawa fitnah maka anda terlibat menyebarkan fitnah di dalam masyarakat. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran untuk menegur rakan-rakan antaranya disebabkan inginkan ukhwah till jannah..insyaALLAH. Mungkin ada yang akan pertikai, tak payah nak tunggu ditegur , pandai-pandailah fikir sendiri. Ye.. sememangnya itu benar. Tapi tak semua perkara kita alert..kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang dan ambil mudah.
Kita sering fikir tanpa dia aku boleh hidup. Jika semakin ramai berfikir sedemikian maka. Tiada ukhwah tiada lagi dakwah dimuka bumi ini. Sering kali kita lemas di dalam konflik di dalam diri kita sendiri dimana mengamalkan musuh ukhwah iaitu pentingkan diri sendiri. Amat membimbangkan perkara ini terutamanya di bandar dan mula diamalkan di kampung pada hari ini. Kenape?, sebab jika berselisih tiada senyuman terukir malahan menjadi budaya untuk rasa pelik jika seseorang itu senyum pada diri ini kata-kata seorang sahabat yang tinggal di bandar KL.


Bila difikirkan semula. Mengapa pernah kita membenci , mengapa pernah kita tak menolong sahabat yang berada di dalam kesusahan , mengapa kita mementingkan diri sendiri , mengapa kita hanya memikirkan perasaan kita sendiri sedangkan insan lain juga ada hati dan perasaan. Mungkin kaedah untuk kita merapatkan ukhwah berbeza terutama antara lelaki dan perempuan . Lelaki dilihat lebih kasar cara pergaulannya manakala perempuan lebih halus cara pergaulannya. Sememangnya itu ftrah.

hurm.. mungkin setakat disini sahaja perkongsian .. act. nak jew type 500 ++ ^_^. Apepun saya ingin meminta maaf terhadap insan yang pernah saya sakiti hatinya sama ada sedar atau saya tidak sedari. Dengan izin ALLAH .. semua yang hitam telah dipadam dan diwarnai dengan pengisian yang baru.

kepada rakan sekelas disekolah ...
kepada rakan praktikum di matrik ...
kepada rakan di Universiti ...
kepada rakan-rakan didunia reality dan maya ...

semoga kita kekalkan ukhwah yang terbina sehingga ke jannatul firdaus insyaALLAH..

rakan yang baik adalah rakan yang membuat kita teringat akan ALLAH apabila melihatnya 

In Allah we trust
Ukhwah in our life
Dakwah is our mission
Jannah is our destiny

Tiada insan yang dibenci Hanya tinggal insan yang wajib dikasihi iaitu Awak yang membaca entry ini dan saudara diluar sana...insyaALLAH.. selamat hari pekerja nahhh