Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Thursday, 11 July 2013

Universiti Utara Malaysia Intake 2013/2014

Assalamualaikum... tahniah kepada mereka yang memasuki UUM intake 2013/2014.. sengaja saya buat entry kali ini bagi memudahkan anda mengetahui serba sedikit mengenai UUM.. dengan Masuk ke group
https://www.facebook.com/groups/UniversitiUtaraMalaysiaIntake20122013/ kerana di dalam ini ramai senior akan membantu anda dari sebelum.. sehingga lah anda selamat sampai di UUM nanti. InsyaALLAH.. dan tak lupa juga.. sila masuk ke group ini https://www.facebook.com/groups/305967289543810/?hc_location=stream ( Universiti Utara Malaysia Intake 2013/2014 )

sila tekan ke bahagian file, insyalah akan membantu untuk mengetahui mengenai kos
dan barang-barang keperlua serta dokumen yang perlu disediakan.

Monday, 8 July 2013

Percutian Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum... hurm. entry kali nie.. rasa kurang selesa nak menaip banyak-banyak.. just nak share dalam bentuk abstrak sahaja lah.. selamat menikmati keindahan alam ciptaaNya 
Salam Ukhwah fillah ya akhi ya uti.. 
sollualanabi

Pemandangan gunung jerai dari pantai merdeka :)

Pemandangan di Sungai petani, lokasi Kuala Ketil 

Ketika membeli buah di perlis sejurus meninggalkan U

Gelagat si kecil melihat bot di Jeti gua kelawar



Ketika mahu meninggalkan pulau langkawi selepas sehari bermusafir disitu


Me menikmati pemandangan jeti Gua kelawar...


My mom , my dad and My niece


Pemandangan Kebun teh Di cameroon highland


singgah sebentar membeli teh untuk dibawa pulang



Gelagat si kecil di bilik hotel yang kesejukkan


Menikmati keindahan kebun teh :) :)


Memegang si nakal ini..menuju ke daun teh yang segar :)



Nampaknya sampai disini perkongsia hamba.. dengan ucapan semoga istiqamah dibulan ramadhan yang bakal menjelma.. insyaALLAH.. datangnya keimanan dari sanubari yang dicipta hanya untuk mencintai penciptanya.. ikhwan semua.. peace no war.. betulkan nawaitu.. jangan ponteng posa taw..,, 

Andai ini nukilan terakhir.. sampaikan doamu untuk diriku.. yang penuh khilaf sebagai hhamba ALLAH ini.. 

Barakallah..Fikum.. :)

Sunday, 23 June 2013

Jerebu pada tahap bahaya





ini adalah bacaan IPU(Air Pollutant Index ) semasa di Muar, johor iaitu berada pada paras 519 melepas paras bahaya 301, keadaan yang digambarkan oleh penduduk yang berada dimuar adalah
kelihatan berada di camerron highland tapi apa yang membezakan adalah suhu iaitu berada dalam keadaan
suhu yang panas dan pengihatan mata yang terhad. Disamping penduduk tidak boleh melakukan
aktiviti luar kerana sakit mata, batuk akibat jerebu yang teruk .



Saturday, 22 June 2013

JEREBU





Dinyatakan bahawa pada pukul 11.00 a.m muar telah mencatatkan AIR POLLUTANT INDEX (API)
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU) yang tertinggi iaitu 373, jauh berada diatas paras bahaya iaitu 301.

                                                                                   


      Masalah jerebu kali ini dilihat telah menjadi semakin serius. Hal ini dimana ia telah merebak ke seluruh negara malaysia di semenanjung dan juga sabah, sarawak. Persoalannya sampai bila masalah ini harus dibiarkan berterusan tanpa ada insiatif untuk mengatasinya. Adaah hanya perlu memberi alasan atau memberikan penjelasan akan perubahan dan langkah-langkah yang akan dijalankan. Adakah kita hanya perlu menggunakan perkataan ''SABAR'' dan menunggu sahaja. 

      Bacaan yang ditunjukkan semakin menunjukkan perubahan negatif dimana ia hanya mencatatkan peningkatan yang drastik. Hal ini telah menunjukkan bahawa ia datang dari kesalahan manusia itu sendiri. Berdasarkan sumber yang sahih telah dinyatakan bahawa masalah ini berpunca dari pembakaran terbuka dari indonesia iaitu negara jiran. Tapi adakah kerajaan perlu hanya menuding jari dengan menyalahkan negara jiran akan selesai masalah ini. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah atau inisiatif untuk jangka masa yang panjang dengan membuat perbincangan di meja bulat dengan negara jiran agar ia tidak menjadi semakin buruk.

     Walaubagaimanapun, persoalan yang patut timbul juga adalah. Adakah ini salah rakyat malaysia?. Kempen dan program yang dijalankan mendapat sambutan. Pihak kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar tetapi seolah-olah mencurah air ke daun keladi?. Ia berlalu ibarat Jerebu juga sekejap sahaja mendapat sambutan kemudian tidak diteruskan sebagai amalan. 

      Kesimpulannya, pada pendapat saya pihak yang salah di dalam masalah ini terutamanya adalah kerajaan kerana tidak membuat satu makanisma yang berkesan untuk diterapkan bersama negara jiran dan juga kepada rakyat malaysia. Tetapi, tidak harus 100% kesalahan tersebut diletakkan terhadap kerajaan kerana ia juga merupakan kesalah kita sendiri ( rakyat malaysia) kerana kurang memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan. Sememangnya benar berserah@tawakal itu perlu tetapi adalah perlu bagi kita berusaha sebelum berserah pada yang esa. 

                                         '' .................. Man Jadda Wa Jadda ....................''

Sunday, 2 June 2013

DIARI ONLINE AKA LAMAN SOSIAL

Tahukah bahawa hidup kita dipenuhi dengan Keaiban, penuh dengan cacat cela. Rasanya lebih elok kita rahsiakan daripada pengetahuan orang lain demi menjaga maruah diri dan keluarga. Kemudian, kita perbaiki dengan istiqamah sujud kepadanya. Tiada manusia yang sempurna kecuali NABI MUHAMMAD S.A.W. . Itu memang hakikat, tapi tidak perlu jadikan keaiban kita sebagai tarikan untuk menarik FOLLOWER. Mungkin tidak ada niat sedemikian, tapi tidak perlu untuk kita menceritakan segala-galanya.. dalam kain  mahupun luar kain. Dalam seluar mahupun luar seluar. Dalam baju mahupun luar baju. Dalam stokin mahupun luar stokin. dengan kata pendek tak perlu nak suruh orang lain judge aktiviti seharian kita. Tak malu ke? orang lain tahu rahsia yang sepatutnya hanya ALLAH dan kita sahaja yang perlu tahu. 
Lama-lama rasa menyampah pun ada. Bagi yang belum kahwin memalukan mayah. Nanti dah kahwin malukan keluarga sendiri. Cerita dalam bilik, gaduh semua heboh. inilah trend semasa menjadi kegilaan ramai '' DIARI ONLINE AKA LAMAN SOSIAL ''

ALLAH ALLAH ALLAH JAUHKAN AKU DARI TERUS BERSIFAT SEBEGINI DAN JAUHKAN AHLI KELUARGAKU BERSIKAP SEDEMIKIAN