Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Friday, 27 September 2013

Coretan Mahasiswa





Assalamualaikum.. sahabat sekalian :) 

Allahurobbi lama rasanya tidak menulis di dalam blog nie,
Alhamdulillah masih mempunyai waktu untuk menulis sebentar ditemani
suasana hujan di U.S[University of Sintokyo] :)
Semestar kedua telah pun bermula ditemani azam baru,
Membina dalaman dan luaran demi menjadi manusia yang
mampu bergetar jiwanya tatkala menyebut ALLAH S.W.T.

Urusan seharian banyak diisi dengan lagha
masih mencari tempat untuk berpijak sebagai hamba-NYA
Kejap pasang, kejap surut,haishh
sesiapapun pasti merasa sedemikian kan?
kejap tunduk, kejap mendongak,

Program?hurm maybe sem ini akan bermula rasa hidup
sebagai mahasiswa yang sebenar
sementara sem yang lepas banyak enjoy
manja, jalan kesana sini

Alhamdulillah sedikit demi sedikit mula sedar akan
maksud 
'' Matang''
Tapi apa salahnya nak jadi childish kan?kan?
yang penting tidak
mengabaikan tanggungjawab

Harap lepas ni istiqamah ke mercu Syurga-NYA
yang didambarkan setiap umat-NYA
moga Bidadari yang dipilih tidak
mensia-siakan kepercayaan yang diberikan
membawa harapan yang segunung
disamping membawa hati untuk
dibersihkan semula bersama

Kecewa?sedih?give up?
dah tinggalkan di bahtera kenangan :p 
tapi biasalah termenung memikirkan 
tapi nak buat macam mana.. dunia tak pernah berhenti
yang patah tumbuh yang hilang akan berganti

Tapi yang paling sedih berjauhan 1000++ KM dari keluarga
haishh 
tapi itulah doa yang termakbul
setelah sekian lama
akhirnya dimakbulkan
Alhamdulillah

MS41
Aku sangat ''rindu'' haha
agaklah
sebab dekat sini[U.S] aku takda member
yang macam korang
dekat sini aku masih dibawah perangai lama aku
hasihhh tak tahu kenapa
kekal sampai sekrang(if you kow what i mean).

Kepada sahabat yang mengenali tetapi
tidak bertegur sapa
harap jangan anggap diri ini sombong
sebenarnya gila-gila tapi normal
akan buat tak tahu
sebab nak kata peramah tu tak
tapi if dah pernah tegur, insyaALLAH
akan kekal ukhwah itu :)

AZZAM,HAZIQ,DAN@KURUIH Dan warga DPP TM
korang family aku yang buat
aku rasa mudah untuk mengeluarkan kata-kata dimulut
kalau kena gurau kasar harap tak simpan dalam hati
gurau untuk ukhwah hehe
kalau korang gurau, aku ok je..
sebab 
'' Marah macam mana pun, Tidak akan lebih dari 3 hari ''


[Gambar Hiasan :p ]

Kepada Masa LaluKu
PergiMu
TidakKU
HarapMu
Kembali
Jiwang?biasalah.. hujan..kan.. :) 
hewhew

- Moga Allah Redha -

Jom Zikir

SubhanaALLAH, Alhamdulillah, Allahuakhbar

Peace-NO-War
Peace-4-R4BIA


Saturday, 17 August 2013

Nukilan di Bulan Syawal

Assalamualaikum sahabat sekalian, sudah lama tidak membuat coretan buat silent reader :) . Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin. Tidak banyak  yang dapat dikongsi bersama sahabat kerana tahun ini berasa sungguh sunyi tatkala dihiasi bunyi dentuman mercun dan nyalaan bunga api disana sini.

Tapi hati ini masih dibayangi kenangan lama. Allahurobbi walaupun sudah beberapa tahun sudah berlalu ternyata Allah masih belum memakbulkan doaku agar dapat aku lupakan semua itu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah hati ini tenang melayar bahtera keimanan terhadapnya. Memandang wajahnya hati sudah mampu berasa tenang.

Ya Allah engkau makbulkan segala doa sahabat & doaku yang dipinta pada malam lailatulqadar sera malam-malam yang lain kerana doa yang amat bermakna dipinta darimu. Allahuma solli ala saiyyidina muhammad waala a'lihi sayyidina muhammad. Aku rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. . Aku rindu cahaya yang datang kepadaku. Masih terngiang ditelinga batinku AKU NABIMU MUHAMMAD RASULULLAH. Allah berikan aku kesempatan untuk menziarahi ke makam baginda & kaabah ya ALLAH. ya ALLAH aku mahu menghadapMu selama-lamanya tatkala aku berada di tempat suci didunia ini atau syahidkan aku ke jalanMu. Aku berharap sahabat-sahabatku juga akan diberikan kesempatan yang sama. Tiada yang dapat dilepaskan dariMu kecuali syahid untuk MenghadapMu. Amin.. . Ya ALLAH lapangkan dada sahabat & aku sebagaimana engkau janjikan bagi mereka yang beriman kepadaMu.

Terima kasih ya ALLAH aku masih diberi kesempatan untuk beraya bersama keluarga@ menyambut hari kemenangan umat muslim diseluruh dunia. Tiada apa yang dapat diungkapkan melainkan syukur ALHMDULILLAH.


kehadiran ahli keluarga baru :) Muhammad Anas Farhan Bin Md Ridzuan


Barakallah fikum Salam ukhwah sahabat yang ku kasihi 

Thursday, 11 July 2013

Universiti Utara Malaysia Intake 2013/2014

Assalamualaikum... tahniah kepada mereka yang memasuki UUM intake 2013/2014.. sengaja saya buat entry kali ini bagi memudahkan anda mengetahui serba sedikit mengenai UUM.. dengan Masuk ke group
https://www.facebook.com/groups/UniversitiUtaraMalaysiaIntake20122013/ kerana di dalam ini ramai senior akan membantu anda dari sebelum.. sehingga lah anda selamat sampai di UUM nanti. InsyaALLAH.. dan tak lupa juga.. sila masuk ke group ini https://www.facebook.com/groups/305967289543810/?hc_location=stream ( Universiti Utara Malaysia Intake 2013/2014 )

sila tekan ke bahagian file, insyalah akan membantu untuk mengetahui mengenai kos
dan barang-barang keperlua serta dokumen yang perlu disediakan.

Monday, 8 July 2013

Percutian Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum... hurm. entry kali nie.. rasa kurang selesa nak menaip banyak-banyak.. just nak share dalam bentuk abstrak sahaja lah.. selamat menikmati keindahan alam ciptaaNya 
Salam Ukhwah fillah ya akhi ya uti.. 
sollualanabi

Pemandangan gunung jerai dari pantai merdeka :)

Pemandangan di Sungai petani, lokasi Kuala Ketil 

Ketika membeli buah di perlis sejurus meninggalkan U

Gelagat si kecil melihat bot di Jeti gua kelawar



Ketika mahu meninggalkan pulau langkawi selepas sehari bermusafir disitu


Me menikmati pemandangan jeti Gua kelawar...


My mom , my dad and My niece


Pemandangan Kebun teh Di cameroon highland


singgah sebentar membeli teh untuk dibawa pulang



Gelagat si kecil di bilik hotel yang kesejukkan


Menikmati keindahan kebun teh :) :)


Memegang si nakal ini..menuju ke daun teh yang segar :)



Nampaknya sampai disini perkongsia hamba.. dengan ucapan semoga istiqamah dibulan ramadhan yang bakal menjelma.. insyaALLAH.. datangnya keimanan dari sanubari yang dicipta hanya untuk mencintai penciptanya.. ikhwan semua.. peace no war.. betulkan nawaitu.. jangan ponteng posa taw..,, 

Andai ini nukilan terakhir.. sampaikan doamu untuk diriku.. yang penuh khilaf sebagai hhamba ALLAH ini.. 

Barakallah..Fikum.. :)

Sunday, 23 June 2013

Jerebu pada tahap bahaya





ini adalah bacaan IPU(Air Pollutant Index ) semasa di Muar, johor iaitu berada pada paras 519 melepas paras bahaya 301, keadaan yang digambarkan oleh penduduk yang berada dimuar adalah
kelihatan berada di camerron highland tapi apa yang membezakan adalah suhu iaitu berada dalam keadaan
suhu yang panas dan pengihatan mata yang terhad. Disamping penduduk tidak boleh melakukan
aktiviti luar kerana sakit mata, batuk akibat jerebu yang teruk .