Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Saturday 30 July 2011

islam forever

couple haram mutlak

 
Pertamanya kita harus dapat membedakan makna cinta dan couple. Sememangnya cinta itu fitrah insani yang tidak boleh kita hapuskan. Namun yang menjadi permasalahan ialah bagaimana menyalurkan perasaan cinta itu mengikut lunas-lunas syara'.
                                                         
                                                     
Allah Ta'ala hanya menyediakan satu jalan sahaja iaitu dengan perkahwinan. Adapun couple bahkan bertunang sekalipun tidak dapat menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kaum Adam dan Hawa.


Apakah couple diharamkan secara mutlak?


Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkan couple secara mutlak. Harus difahami makna mutlak iaitu tanpa sebab. Seperti solat sunat mutlak. Ialah solat sunat yang tidak berkait dengan apa-apa sebab. Boleh dilakukan bila-bila dan di mana-mana secara mutlak. Adapun solat sunat tahiyyatul masjid, ia berkaitan dengan masuk masjid. Saya harap makna mutlak telah jelas.


Istilah couple sangat luas. Namun jika kita melihat kepada keadaan remaja remaji yang couple sekarang, maka hukumnya adalah haram. Haram bukan kerana “zat” couple tetapi kerana cara mereka couple. So kalau kita nak berhujjah tidak ada dalil yang mengharamkan couple. Bagaimana pulak dengan cara couple? Seperti berdua-duan, berpegangan tangan, sehingga ada yang membuka ruang kepada zina. Maka inilah sebab yang menjadikan couple itu haram.


Zat couple apa maknanya?


Zat couple ialah couple itu sendiri? Apakah zat couple itu haram? Tidak. Kerana tidak ada satu nas yang melarangnya secara qot'ie. Ini yang timbul pelbagai pandangan. Ada yang kata cinta itu boleh, ada yang kata tidak boleh kerana menghampiri zina. Sebab itu timbulnya istilah cinta islamik. Namun persoalannya berapa ramai yang mampu bercinta cara islamik? Cinta islamik ialah cinta yang mengharapkan cinta Allah dan keredhaan Allah. Apakah dengan berdua-duan? Bermesej yang tidak bermanfaat, dating, bergayut di telefon itu merupakan perkara yang diredhai oleh Allah?


Apa yang dimaksudkan dengan zina hati?

Perkataan zina yang kita sedia maklum ialah hubungan di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah dengan memasukkan kemaluan ke dalam kemaluan perempuan. Jika tidak masuk sekadar hasyafah (takat) tidak dikira sebagai zina. Ini pengertian mengikut ilmu fiqh..

Apabila kita berbicara soal hati, sepatutnya kita kembali kepada ilmu tasawwuf. Ilmu fiqh dan akidah tidak membincangkan tentang perbuatan hati kerana ilmu fiqh membincangkan soal ibadah zahir dan ilmu tauhid membincangkan soal i'tiqad (pegangan akidah) dan iman.. Sebagai contoh tidak ada satu mazhab pun yang mewajibkan khusyuk sebagai syarat sah solat. kerana kusyuk melibatkan soal hati. tetapi ia dibincangkan di dalam ilmu tasawwuf.

Jika kita kembali kepada ilmu fiqh Islam maka kita tidak akan dapati satu hukum pun yang menghukumkan perbuatan hati bahkan jika seseorang berniat untuk melakukan maksiat, selagimana dia tidak melakukannya maka tidak dikira berdosa. Adapun jika seseorang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak kesampaian dgn sebab-sebab yang mendatang maka niatnya diberi pahala oleh Allah SWT. Inilah pemurahnya Allah Ta'ala kepada hambanya.


Adapun ilmu tasawwuf itu, ilmu yg membincangkan tentang perbuatan hati daripada sifat mahmudah dan sifat mazmumah seperti sabar, redha, mahabbah kpd Allah atau riyak, takabbur, sum'ah dan sebagainya..


Zina hati boleh diertikan sebagai perbuatan hati yang mazmumah. Kerana hatinya mengingati wanita yang belum dikahwini dengan ingatan-ingatan yang boleh manaikkan syahwat dia. Adapun jika ingatan itu sekadar ingatan yang diharuskan oleh syara' seperti kita mengingati saudara kita sesama muslim, ingat dengan ertikata tidak menaikkan syahwat maka ia tidaklah dilarang oleh agama.


Berkata Syeikhuna Dr Ali Jumaah (mufti mesir sekarang)di dalam kitab at-toriq ilallah “perbuatan hati bukan maksiat tetapi syibhul maksiat”.


Islam itu agama wiqayah (menjaga). Seperti kaedah menyebut “Menjaga lebih baik daripada mengubati”. Kita sedari daripada syahwat yang bergelora di hati mendorong seseorang untuk berani melakukan zina kemaluan. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala melarang hambanya awal-awal dengan firmannya “ Jangan kamu mendekati zina”. Ini uslub (gaya bahasa) yang digunakan oleh Allah Ta'ala supaya kita memahami mendekati zina itu boleh menyebabkan berlakunya zina. Mendekati zina boleh berlaku dengan bermulanya zina hati tadi iaitu mengingati perempuan sehingga menaikkan syahwat kemudian di atur pertemuan dengan SMS berbaur lucah, dating, saling berpandangan, bersentuhan, bercumbuan dan akhirnya berzina.


Cuba fahami hadis ini yang akhi bawakan! Di dalam hadis ini Nabi ingin nyatakan punca kepada zina alat kelamin ialah bermula daripada mata yang memandang, tangan yang menyentuh, kaki yang membawa ke tempat yang haram dan akhirnya berlakulah penzinaan. “Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin."


"Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin." (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).


Disebut di dalam kitab penawar bagi hati karangan syeikh abd qadir al-mandili ;


Hati itu berzina dengan mengingati perkara-perkara yang haram. Kaki berzina dengan berjalan kepada tempat yang haram, mata berzina dengan melihat kepada perkara yang haram.


Wednesday 13 July 2011

cinta monyet yang dirindui

Awak, dulu kita pernah sekelas, tapi kita jarang berborak, bukan malu atau bongkak, tapi biler tengok muke awak lidah saye kelu, tak boleh nak bergerak..
awak, saye selalu pandang awak dari jauh, tengok awak ketawe, gelisah betul rase kalau tak tengok muke awak sehari..
awak, ingat tak dulu meja kite hanye selang sedepa..? saye duduk depan, awak belakang saye, suke betul hati saye dengar suare awak..
awak, tahu tak bagi saye senyuman awak manis giler..? tapi tak pernah saye bagitau kat awak, termimpi-mimpi saye dibuatnye, heee..
awak, kini awak studi kat tempat lain, saye still kat sini, tahu tak betape saye merindui awak? senyuman, gelak ketawe, lirikan mate awak..?
awak, semoge awak tak lupekan saye, insan yang hanya sekadar berani memandang awak dari jauh. Terima kasih kerana menceriakan hari saye. ♥♥..copy paste~hehe

Sunday 10 July 2011

doa pelindung dari penyakit angin ahmar







Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amiin…




                                                        

Saturday 2 July 2011

sejarah manusia