Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Tuesday, 10 July 2012

mari bersolat-raihan

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Solat subuh dua rakaat
Ditunaikan di awal pagi
Sebelum bekerja memohon doa
Moga Allah memberkati

Solat Zohor empat rakaat
Ditunaikan di tengah hari
Berehat sejenak setelah bekerja
Moga Allah merahmati

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Solat asar empat rakaat
Ditunaikan di waktu petang
Hidup sihat jadikan amalan
Agar kuat beribadat

Solat Maghrib tiga rakaat
Ditunaikan di waktu senja
Berjamaah kita dirikan
Memakmurkan rumah Allah

Ya Allah jadikan aku dan zuriatku
Mendirikan solat

Ya Allah jadikan aku dan zuriatku
Mendirikan solat

Solat Isyak empat rakaat
Ditunaikan di malam hari
Selesailah sudah lima waktu
Tuhan akan menyayangi kita

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Mari kita tunaikan solat
Sehari semalam lima waktu
Nabi kita nabi Muhammad
Tuhan kita Allah yang satu

Ya Allah jadikan aku dan zuriatku
Mendirikan solat




No comments:

Post a Comment