Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Friday, 17 January 2014

Trauma











Mungkin ramai yang mengalami masalah yang dinamakan ‘’trauma’’ ini. Bagi aku trauma ini adalah sejenis penyakit yang tidak dapat dizahirkan secara fizikal. Tetapi ia adalah sejenis penyakit dalaman atau lebih tepat lagi penyakit berkaitan psikologi seseorang. ‘’Trauma’’ boleh dilalui dalam pelbagai jenis. Macam-macam yang aku pernah dengar contohnya trauma nak keluar rumah sebab takut Nampak cahaya, macam nonsense tapi itu adalah salah satu ‘’trauma’’ yang bagi aku sangat kritikal pernah aku jumpa. Aku dah lupa siapa sahabat yang menhadapi ‘’trauma’’ tu. Cuma yang aku tahu dulu aku tak tahu apa itu ‘’trauma’’ sebab bagi aku aku tidak pernah dan tak akan melalui ‘’trauma’’ atau perkataan lain yang boleh dikaitan iaitu phobia. Mula-mula aku ingat ‘’trauma’’ ni adalah perkara yang semula jadi since kecil.
Hinggalah satu hari aku hadapi satu perasaan takut, mungkin kelakar mungkin ramai yang pernah hadapi. Tapi secara kenyataan ‘’trauma’’ terhadap minyak panas. Pada mulanya timbul rasa yang begitu sebab aku terkena minyak panas diseluruh badan masa aku goreng apa tah, tak ingat pulak, Cuma perkara tu berlaku kira-kira 6 tahun lepas tak silap aku. Aku pun tak tahu kenapa perasaan itu akan datang dengan melampau apabila aku berada dekat dengan minyak panas or lebih tepat keadaannya ketika ada seseorang yang sedang memasak like goreng ikan or something else. Bukan nak kata aku nie penakut, Cuma automatically akan takut. Sebenarnnya berdasarkan pengalaman yang aku hadapi ini ianya bukan lah sulit sangat Cuma ia mendatangkan tanda tanya dan persoalan yang menarik. Perkara yang ‘’sekali’’ menimpa kita boleh buat kita hadapi obsess terhadap sesuatu.
Padahal aku hanya hadapi situasi yang menakutkan itu sekali sahaja tapi entah mengapa boleh memberi kesan untuk satu tempoh masa yang aku tak tahu bila penghujungnya.  Mungkin itu satu jenis ‘’trauma’’ remeh yang boleh disimpulkan. Tapi  ada satu lagi perkara ‘’trauma’’ yang aku hadapi tapi mungkin boleh dinamakan ‘’trauma’’ Cuma malas nak…. Takut ada timbul salah faham dan perspektif yang negative pulak. Just nak bagitahu mengapa dan mengapa aku ini ‘’Muhd Hafis Muhd Hafis’’. Sebenarnya aku ni agak sosial dulu(beberapa tahun lepas), boleh dikatakan semua perempuan aku akan tegur, friendly jugak tapi bukan playboy  yep. Cuma masa tu aku tak jaga apa yang dinamakan ‘’ikhtilat’’. Aku gurau sana sini dan bagi aku perempuan nie sama macam lelaki dan sebab tu aku dulu memang tak fikir tentang ‘’perasaan’’ bagai nie. Hinggalah ada satu sahabat ini cakap yang lelaki dengan perempuan ini boleh berkongsi satu perasaan.
Aku pendekkan cerita aku pun nak cari persoalan yang sahabat aku beri itu, dan akhirnya ianya memang terbukti betul. Lepas itu aku fikir aku yang mulakan so aku akan tanggung akibatnya bermain dengan ‘’perasaan’’, rupa-rupanya tak disangka-sangka aku menjadi mangsa seperti kebanyakan cerita dongeng sahabat-sahabat yang lain. Maka timbul lah ‘’trauma’’ yang paling teruk aku rasa ‘’trauma’’ dengan makhluk yang dinamakan perempuan!!. Maaf lah ye, takda niat nak mengutuk dan nak menyamakan Cuma walau secantik mana, seindah mana pun yang lintas aku kadang-kadang tak mampu nak tundukkan pandangan sebab aku tertanya-tanya adakah insan yang lalu didepan aku ini sama je semua. By the way Insya-Allah Allah maha berkuasa. Cuma aku harap jangan ambil mudah dengan perkara-perkara sebegini. Bukan sengaja nak kaitkan topik yang hangat ini Cuma nak bagi penerangan yang mudah difahamkan tentang apa yang dinamakan ‘’Trauma’’. Bukan mudah nak hadapi. Bila ada sahabat yang dia menhadapi apa yang dikatakan ‘’trauma’’ terhadap sesuatu, bantulah dia untuk hadapi sebab even seorang lelaki yang berbadan sasa akan jadi lemah dek kerana penyakit yang boleh dianggap kritikal dan sangat berbahaya serta boleh menjadi silent killer nie. Rasanya kalau kena amnesia baru penghidap ‘’trauma’’ ini boleh melupakan segala yang mereka hadapi kowt. .



Ukhrawi diberi dituntut duniawi
Sepi dalam barzakh nanti
Ditanya mengapa jadi begini
Taubat dijunjung rindu menyepi

Kuatkan hati menjadi khalifah
Dibuai mimpi tercari cinta
Gagah sahabat demi ukhwah
Kerana dunia hidup merana

No comments:

Post a Comment