BERJUBAH TETAPI
SEKSI
Islam telah
mewajibkan umatnya supaya menutup aurat . perkara ini telah dinyatakan dengan
jelas didalam al-quran dan al-hadis , iaitu bahawa sesiapa yang mengingkari
telah dijanjikan azab seksa neraka yang tidak terperi sakitnya, ‘’ Dada yang
sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas
api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai
penggantungnya serta Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang
‘’ . Pemakaian jubah telah menjadi trend
di kalangan wanita pada hari ini. Seperti yang kita fahami jubah merupakan
pakaian yang telah disuruh oleh allah
terhadap isteri dan anak baginda rasulullah. Maka ia merupakan satu trend yang
baik kerana ramai wanita memakai pakaian yang dituntut oleh allah s.w.t. Tetapi
trend masa kini telah menjadi berlawanan dengan apa yang dituntut oleh allah
s.w.t.
Hal ini kerana jubah yang dipakai
menjadikan dirinya ‘’seksi’’ . Memperlihatkan susuk tubuh atau lebih tepat lagi
sendat adalah istilah yang dapat digunakan. Perkara ini dapat dikaitkan dengan
jenis kain yang digunakan tidak sesuai untuk membuat jubah , dimana mungkin
terlalu lembut sehingga menunjukkan susuk tubuh dari setiap sudut
pandangan.Tambahan pula, dengan memakai tudung yang terlalu singkat sehingga
tidak menutup bahagian dada , sehingga dapat dilihat lelaki bukan mahram.
Hendaklah mereka memakai jubah yang tidak nipis, menyembunyikan warna kulit dan
bentuk tubuh, longgar dan memakai warna dan corak baju yang tidak menarik
perhatian lelaki serta tudung yang menutupi bahagian dada dengan sempurna .
Mungkin terdapat sesetengah pihak yang mengatakan itu adalah fesyen , tetapi
mahukah kamu menggunakan fesyen yang menyebabkan azab neraka membayangi hidup
kamu.
-tiada manusia yang
sempurna merupakan perkara yang pasti , tetapi tiada mustahil bagi manusia yang
mengejar kesempurnaan, insyallah-
Barakallah fikum..
No comments:
Post a Comment