Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Saturday 13 April 2013

Muslim dulu vs Muslim Sekarang


Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ^_^ peace ingin berkongsi sedikit mengenai beberapa ayat yang ''jarang'' difikirkan oleh kita sebagai makhluk ALLAH yang selalu lagha ini. sedang membaca beberapa artikel untuk dimuatkan kedalam risalah . Saya terbaca satu perenggan yang begitu membuatkan diri termenung seketika .

Orang islam zaman dahulu apabila membaca ayat mengenai tutup aurat( sebagai contoh) mereka akan berfikir bagaimana untuk mencipta kain yang boleh menutup aurat dengan menepati apa yang diterangkan di dalam AL-QURAN . Hal ini dapat dilihat dengan lahirnya tokoh islam yang agung satu ketika dahulu yang tiada penggantinya lagi kecuali yahudi dan golongan bukan islam yang menyambung kehebatan mereka iaitu Al-khawarizmi, Ibnu khaldun dan ramai lagi . Pemikiran mereka jauh melangkaui zaman yang sedang mereka lalui.
Perkara ini sangat berbeza dengan manusia zaman sekarang kerana apabila mereka membaca ayat AL-QURAN yang menyuruh mereka menutup aurat , mereka akan terfikir untuk pergi ke kedai untuk membeli kain untuk menutup aurat mereka sama ada baju siap atau yang belum siap . Mereka tidak berfikir bagaimana untuk mewujudkan fesyen yang bertepatan dengan syariat . Maka hal ini telah membelenggu masyrakat islam pada hari ini . Seperti yang dapat kita lihat fesyen yang sedang berkembang menyerupai kaum( bukan islam ) . Tetapi hanya terdapat segelintir sahaja mempunyai kesedaran untuk mengubah fesyen tersebut supaya bertepatan dengan apa yang diterangkan di dalam AL-QURAN .

'' Muslim zaman dahulu berfikir mengenai Cara Pembuatan Kain '' manakala '' Muslim sekarang berfikir bagaimana nak dapatkan kain ''

allahurobbi ... kadang-kadang tegur kadang-kadang tidak sebab rasa lemah dengan diri . Kesedaran tinggi tapi perlaksanaan lemah . Semoga kita istiqamah menjalankan ibadat kepadanya .

Islam + Al-quran = Muslim
Islam + Al-quran = ( hanya Allah yang menentukan )

'' sila tegur andai saya melakukan kesalahan sedemikian kerana adakalanya saya akan ingat adakalanya saya akan lupa '' sesungguhnya iman itu ibarat denyut nadi yang sentiasa turun naik dan tidak bertahan walau sesaat . barakallah salam ukhwah 


apepun sila dengar lagu yang sedikit sebanyak membakar semangat sebagai seorang muslim insyaALLAH ..

No comments:

Post a Comment