Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Wednesday, 1 May 2013

UkhwahFillah Till Jannah

 Assalamualaikum.. nukilan sempena hari pekerja dan sedikit masa yang terluang.. ukhwah? hubungan yang terjalin antara seorang manusia dengan manusia yang lain.. salah satu perkara terpenting di dalam hidup bermasyarakat. Tanpa ukhwah hidup manusia itu kosong. Sememangnya ukhwah diunjurkan di dalam islam. Malahan di dalam agama yang lain juga mementingkan hubungan di antara ahli masyarakat walaupun dalam konteks yang berbeza.

                   persoalannya adakah kita menjaga ''ukhwah'' kita dengan rakan, sahabat jiran.. dan insan yang terdekat dengan kita atau dalam persepsi yang lebih luas iaitu dengan saudara seislam. Mungkin dahulu ukhwah hanya terjalin di dalam kampung atau dikawasan tempat tinggal sahaja kecuali berhijrah ke suatu tempat. Tapi sekarang segala-galanya telah berubah. Ukhwah di hujung jari dan benci anytime boleh jadi. Kenape?, jawapannya seperti yang dijangka oleh anda .. iaitu internet. Macam-macam yang boleh digunakan sebagai medium mewujudkan ukhwah sama ada di dalam mahupun di luar negara.

                      Walaubagaimanapun, apa yang saya lihat menjelang hari ''raya'' 5 mei ini. Sudah menjadi satu trend memutuskan ukhwah dan berkiblatkan hati sehingga tidak sedar bahawa kita adalah hamba yang hina. Hati kita itu sememangnya mudah disogok dengan perkara mazmumah dan fitnah. Keluar berbagai perkara yang boleh di internet. Hamba tertarik dengan statement yang dikeluarkan seorang sahabat semasa pergi suatu ceramah, dimana dia berkata '' umur untuk mengundi sepatutnya 18 tahun dah '' kita bukan macam orang dulu tak tahu apa-apa dan perlutunggu umur 21 untuk terdedah dengan dunia luar . Sekarang tekan je dah boleh tahu dunia luar.

Saya agak setuju dengan statement itu. Tapi bila diteliti dengan betul dan apa yang sedang terjadi pada hari ini. Punca berlakunya perpecahan dikalangan kita dalam masa sesaat kenapa?. Disebabkan pengguna laman sosial yang salah. Seperti tidak membuat penyelidikan berkaitan sesuatu yang di share. Perkara ini juga berlaku kepada diri ini. Alhamdulillah telah sedar akan kesalahan yang dilakukan dan mohon ditegur oleh sahabat-sahabat jika mengulanginya lagi. Jika anda membiarkan seseorang menyebarkan perkara yang salah dan boleh membawa fitnah maka anda terlibat menyebarkan fitnah di dalam masyarakat. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran untuk menegur rakan-rakan antaranya disebabkan inginkan ukhwah till jannah..insyaALLAH. Mungkin ada yang akan pertikai, tak payah nak tunggu ditegur , pandai-pandailah fikir sendiri. Ye.. sememangnya itu benar. Tapi tak semua perkara kita alert..kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang dan ambil mudah.
Kita sering fikir tanpa dia aku boleh hidup. Jika semakin ramai berfikir sedemikian maka. Tiada ukhwah tiada lagi dakwah dimuka bumi ini. Sering kali kita lemas di dalam konflik di dalam diri kita sendiri dimana mengamalkan musuh ukhwah iaitu pentingkan diri sendiri. Amat membimbangkan perkara ini terutamanya di bandar dan mula diamalkan di kampung pada hari ini. Kenape?, sebab jika berselisih tiada senyuman terukir malahan menjadi budaya untuk rasa pelik jika seseorang itu senyum pada diri ini kata-kata seorang sahabat yang tinggal di bandar KL.


Bila difikirkan semula. Mengapa pernah kita membenci , mengapa pernah kita tak menolong sahabat yang berada di dalam kesusahan , mengapa kita mementingkan diri sendiri , mengapa kita hanya memikirkan perasaan kita sendiri sedangkan insan lain juga ada hati dan perasaan. Mungkin kaedah untuk kita merapatkan ukhwah berbeza terutama antara lelaki dan perempuan . Lelaki dilihat lebih kasar cara pergaulannya manakala perempuan lebih halus cara pergaulannya. Sememangnya itu ftrah.

hurm.. mungkin setakat disini sahaja perkongsian .. act. nak jew type 500 ++ ^_^. Apepun saya ingin meminta maaf terhadap insan yang pernah saya sakiti hatinya sama ada sedar atau saya tidak sedari. Dengan izin ALLAH .. semua yang hitam telah dipadam dan diwarnai dengan pengisian yang baru.

kepada rakan sekelas disekolah ...
kepada rakan praktikum di matrik ...
kepada rakan di Universiti ...
kepada rakan-rakan didunia reality dan maya ...

semoga kita kekalkan ukhwah yang terbina sehingga ke jannatul firdaus insyaALLAH..

rakan yang baik adalah rakan yang membuat kita teringat akan ALLAH apabila melihatnya 

In Allah we trust
Ukhwah in our life
Dakwah is our mission
Jannah is our destiny

Tiada insan yang dibenci Hanya tinggal insan yang wajib dikasihi iaitu Awak yang membaca entry ini dan saudara diluar sana...insyaALLAH.. selamat hari pekerja nahhh


No comments:

Post a Comment