Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Saturday 27 April 2013

Ketua dan Organisasi

Assalamualaikum.. seringkali apabila seseorang menjadi ketua, akan ada orang akan menyatakan yang kita suka mengarah atau suka menyuruh orang lain buat kerja. Tapi adakah itu yang sebenarnya? . Itu adalah salah. Kerana menjadi seorang ketua tetapi tiada tulang belakang yakni tiada orang yang menyokongnya di bawah maka akan membuatkan dia tidak dapat berdiri dengan teguh. Apa yang ingin dinyatakan disini adalah menjadi seorang ketua bukanlah suatu perkara yang mudah dimana dia perlu menjaga perasaan dan menjaga kebajikan orang yang menyokongnya. Saya sendiri pernah dipilih menjadi ketua. sememangnya amat mencabar dimana tidak semua perkara yang kita berkorban demi organisasi dihargai. Walaupun berasa kecewa tetapi itu bukanlah menjadi faktor utama untuk give up. Itu semua adalah asam garam bekerja di dalam kumpulan.

 Sering guna '' Assobirul minnal iman'' .. tetapi seolah-olah ia diambil peluang oleh beberapa ahli yang menganggap saya tidak tegas. Walhal sebenarnya ada sebab saya membuatkan suasana menjadi tidak formal kerana saya tidak mahu ahli berasa tertekan dan menganggap melakukan pekerjaan secara berkumpulan adalah suatu yang menyeronokkan kerana disitu kita akan jumpa orang yang panas baran, yang sentimetal, dan macam-macam lagi. Bagi saya itu merupakan pengalaman yang amat bermakna kerana akan membuatkan diri ini teruji dan dapat bersedia untuk menghadapi dunia luar yang lebih luas.

 Apa yang ingin saya ingatkan ganjaran secara luaran sememangnya penting seperti belanja makan tetapi bagi sesiapa yang menjadi ketua perlulah memberikan ganjaran kepuasan secara dalaman iaitu bersikap ambil berat akan keadaan ahli seperti apa yang mereka rasa sama ada marah atau suka mahupun tidak selesa. Saya amat menekankan ukhwah di dalam kerja berkumpulan dan komitmen yang tinggi dari ahli. Suka untuk saya kongsikan pendapat saya bahawa menjadi seorang ketua perlu sentiasa Cool, walau apa cabaran mendatang kita perlu sentiasa cool walaupun ada masa tertentu kita tidak dapat menahannya lagi kerana kita adalah tidak maksum kan?. Itu adalah normal. Apa yang paling penting sekali tiada istilah engkau ketua dan aku orang bawahan.

Absolutely.......itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya sepanjang saya menjadi ketua. Tanpa satu ahli maka kerja yang dilaksanakan akan menjadi cacat. Kemudian, apabila anda termasuk saya menjadi ahli di dalam sesebuah organisasi , kita perlulah menghargai pengorbanan yang diberikan oleh seseorang yang bernama ketua. Mungkin kita lihat ketua gah dengan gelaran pengerusi dan presiden tapi anda lihat gambar disebelah kiri atas itu. Yang mana satu batu yang mewakili ketua anda ? jawapanNya adalah yang kecil itu..diatas.. dan batu yang besar(melambangkan kekuatan) itulah diri ita. Oleh itu, perlulah kita sedar bahawa peranan kita di dalam organisasi. Bersikap matang, berfikir secara kritikal dan perlihatkan potensi diri. Cabar diri kita

'' Bagaimana ingin memimpin Agama ISLAM jika diri sendiri tidak dipimpin oleh pengisian Agama ISLAM ''

No comments:

Post a Comment