Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Sunday 21 April 2013

Gwiyomi



Gi!!gi!!!gii!!yomi!! pasti ramai akan terbayang gelagat seseorang yang membuat beberapa pergerakan yang ‘’kiut’’. Comelnye..Nak jadikan isteri..nak jadikan awek(gwiyomi versi perempuan)  begitu juga sebaliknya.Ketika pertama kali saya melihat celoteh telatah beberapa gwiyomi tersebut agak  merasakan comel video tersebut. Tetapi lama kelamaan berfikir sejenak dari mana datangnya gwiyomi ini?. Setelah diteliti dapat saya ketahui bahawa gwiyomi datang dari korea. Negara ‘’pujaan gadis’’ dimana menjadi kegilaan remaja masa kini dengan wajah jejakanya yang handsome dan jambu. Kini telah wujud beberapa versi gwiyomi dan yang terbaru versi lelaki. Meremang bulu roma apabila melihat kesemua versi.

Allahurobbi.. sekarang seolah-olah menjadi trend bagi rakan-rakan seperjuangan saya sama ada yang masih bersekolah mahupun yang sudah bekerja menghakis nilai-nilai islam di dalam diri mereka. Mereka menggunakan pelbagai saluran dengan tujuan yang salah. Bukannya ingin mengatakan bahawa alam maya ini totally tidak bagus. Sebagai bukti untuk saya nyatakan berkenaan statement saya tadi. Kita lihat seperti Matlutfi Berjaya menyampaikan mesej@dakwah dan memberikan impak di dunia alam maya. Selain itu, penceramah youtube kita Ustaz Azhar Idrus iaitu ustaz yang menimbulkan fenomena ceramah versatile telah menggunakan youtube sebagai medium untuk menyampaikan dakwah dengan lebih menyeluruh.
Apa yang dapat saya katakana saya sendiri kadang-kadang dibuai perkara sebegini. Saya Cuma ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan saya bahawa jika kita tidak mengekalkan yang positif sama ada dari sudut agama mahupun budaya . Maka ‘’akan hilang melayu’’ didunia. Kerana kita mudah disogok especially dalam bentuk hiburan.

‘’mintak izin kepada sahabat semua supaya mudah menegur saya apabila melihat saya melakukan kesilapan’’



sekadar gambar hiasan menjadi pilihan


No comments:

Post a Comment