Assalamualaikum w.b.t. Ahlan wa sahlan Welcome to are peaceful

Followers

Search

Thursday 18 April 2013

PEMIMPIN VS KETUA

salam jumaat =)


Assalamualaikum..  sedikit nukilan malam jumaat . =) salam ukhwah.. salam muhibbah kepada yang sudi membaca . hurm.. ok.  Ingin berkongsi sedikit apa yang saya perhati dan apply beberapa konsep yang saya pelajari . Ianya mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar atau mahasiswa yang tidak lekang dari tugasan yang agak memotivasikan . Berdasarkan apa yang saya kaji kebanyakan rakan dan sahabat akan menyatakan bahawa tugasan individu adalah lebih mudah berbanding tugasan berkumpulan . Ye!! Tidak dinafikan kerana kita hanya berlawan dengan jasad dan emosi sendiri , memuaskan hati sendiri dan memarahi diri sendiri . Manakala, tugasan berkumpulan membuat diri menjadi lebih tertekan kerana pelbagai kerenah dan gelagat yang terpaksa dihadapai . Disini saya ajukan soalan dan jawapan . Bagaimana jika anda diminta bekerja di dalam organisasi suatu hari nanti. Tugasan individu atau berkumpulan yang akan dapat anda gunakan pengalamanya pada ketika itu ? . Sudah tentu tugasan berkumpulan . Ok , itu adalah secara umum . Secara lebih dekat apa yang saya ingin kongsikan adalah tentang PEMIMPIN dan KETUA . Apa yang bermain dikepala anda apabila saya nyatakan PEMIMPIN dan KETUA ,pasti anda akan terbayang seorang yang akan mengawal segala perjalanan tugasan tersebut , yang akan bersifat tegas , banyak menasihat , merancang . Tapi pa yang saya ingin nyatakan disini adalah baik jika PEMIMPIN dan KETUA adalah orang yang sama . Kenapa saya berkata sedemikian ? . Pernah tak anda mendapat seorang ketua  sama ada ketika sekolah atau ipta serta ipts yang bertanggungjawab dimana mengambil berat atas setiap apa yang anda usahakan untuk sesuatu tugasan? . Berdasrarkan apa yang boleh saya kongsikan indvidu tersebut mempunyai dua elemen yang saya nyatakan dan apa yang sering anda fikirkan iaitu KEPIMPINAN dan NILAI KETUA . Hal ini kerana beliau telah Berjaya menjadi seorang ketua dan pada masa yang sama telah Berjaya memimpin kumpulan tugasan anda . Kemudian jika anda mendapat atau anda sendiri yang memilih seorang ketua yang tidak bertanggunjawab . Hal ini boleh dilihat apabila dia hanya menjadi ketua sedangkan individu lain yang mengawal perjalanan tugasan berkumpulan anda . Apa yang saya dapat terangkan disini adalah dia hanya menjadi ketua dan tidak lebih dari itu . kerana rakan yang mengawal perjalanan tugasan anda itu adalah pemimpin . Oleh itu , segalanya terletak ditangan anda sama ada ingin memilih seseorang yang hanya boleh menjadi KETUA atau hanya boleh menjadi PEMIMPIN atau boleh menjadi kedua-duanya pada satu masa . 

1 comment:

  1. The (Hands Of Vegas: VR Porn Videos) for rent in Canada | Videodl.cc
    The (Hands Of Vegas: VR Porn youtube to mp3 320 Videos) for rent in Canada | Videodl.cc.

    ReplyDelete